5 CARA MENGATASI MASALAH KULIT KUSAM
Anda mengalami masalah kulit kusam ? Tahukan anda apakah
punca sebenar kulit anda menjadi kusam adalah kerana terlalu terdedah kepada
sinaran cahaya matahari,pencemaran udara,salah guna produk kecantikan dan air
yang kurang.
Sebelum anda tahu cara mengatasi kulit kusam jom saya
terangkan beberapa cirri kulit kusam.
1.
Muncul Kedutan Atau Garis-Garis Halus Pada Kulit Wajah
Kulit kusam dan penat
disebabkan kurangnya nutrisi pada wajah. Kulit kusam dan kering boleh
menyebabkan proses penuaan menjadi lebih cepat dengan kemunculan kedutan
di kulit wajah.
Munculnya warna hitam di
sekitar mata jelas menunjukkan kulit wajah anda penat. Ia disebabkan gaya hidup
anda yang kurang sihat dan disertai dengan kurangnya tidur, pola makanan yang
tidak teratur serta pengambilan makanan yang tidak sihat.
3.
Kulit Wajah Terasa Kering
Kulit kelihatan kusam
kerana keadaannya yang kering dan kasar. Ia disebabkan oleh kurangnya cecair
yang terkandung di dala tubuh. Kulit wajah yang kusam cenderung tidak segar dan
terasa kaku apabila disentuh
4.
Kulit Wajah Jadi Sangat Berminyak
Kulit Wajah Jadi Sangat Berminyak
Kulit berminyak disertai
dengan kotoran yang berasal daripada pencemaran udara boleh membuatkan kulit
nampak kusam dan penat.Cara membersih kulit wajah yang tepat dan teratur boleh
menjadi jalan penyelesaian bagi permasalahan ini.
5.
Muncul Jerawat-Jerawat Kecil
Jika muncul
jerawat-jerawat kecil atau jerawat nasi boleh menunjukkan tanda
bahawa adanya permasalahan kulit. Kulit kering ataupun berminyak disertai
dengan jerawat-jerawat kecil tentunya membuatkan anda berasa tidak selesa.
Berikut beberapa cara mengatasi kulit kusam yang boleh anda
praktik.
- Madu
Madu berguna untuk
melembabkan kulit wajah. Cara penggunaannya sangat mudah, anda hanya perlu
menyapu madu asli ke seluruh bahagian wajah. Biarkan selama sejam, setelah itu
bilaslah sehingga bersih. Cara ini bukan sahaja membuatkan kulit anda menjadi
lebih anjal, malah lebih cerah dan bersinar.
- Tomato
Kandungan vitamin pada
tomato boleh melembabkan serta mencerahkan kulit wajah. Kisar tomato dengan
sedikit perahan lemon. Setelah itu, sapukan pada wajah secara merata dan
biarkan selama 30 minit agar kandungannya meresap sempurna di wajah. Setelah
itu, bilas dengan air bersih.
- Pisang
Ternyata buah pisang
juga mampu mengatasi kulit kering dan kusam. Caranya sangat mudah, anda hanya
perlu menghaluskan pisang dan campurkan dengan sedikit madu. Setelah itu,
sapukan secara merata pada seluruh kulit wajah. Biarkan selama 30 minit agar
ianya meresap sempurna di kulit. Kemudian barulah dibilas menggunakan air
bersih. Kandungan vitamin, kalium dan magnesium pada buah pisang mampu
menutrisikan kulit anda yang kering dan kusam itu sehingga lembab kembali.
- Gunakan Krim Malam
Krim malam sangat
bermanfaat untuk menganjalkan kulit wajah. Dengan pemakaian krim malam secara
teratur kulit anda akan menjadi lebih halus dan cerah kerana krim malam bekerja
sebagai bahan aktif yang mampu membantu regenerasi kulit berjalan dengan lebih
maksimum.
Comments
Post a Comment