PUNCA SEBENAR MASALAH KULIT WAJAH BERMINYAK




Muka Berminyak. Mempunyai kulit muka berminyak boleh membuatkan wajah kurang berseri. Bahkan menyukarkan anda untuk memilih solekan yang tepat.
Mekap bukan sahaja mudah luntur, tetapi muka kelihatan seperti berkilat, lebih-lebih lagi apabila terkena cahaya matahari. Tentulah nampak tak cantik! Cara yang paling mudah untuk mengatasinya adalah dengan mencuci muka secara teratur, diikuti dengan penggunaan toner khusus untuk muka berminyak. Hal ini adalah penting kerana jika anda tersalah memilih toner, ia akan menyebabkan kuantiti minyak di muka anda semakin bertambah.
Namun, apakah punca yang membuatkan kulit muka berminyak?
1. Makanan yang berlemak
Sebagaimana yang diketahui ramai, makanan yang mengandungi lemak tidak baik untuk kesihatan. Jadi, kurangkan makanan berlemak kerana makanan menghasilkan minyak yang banyak. Selain menyebabkan muka berminyak, ia juga akan menyebabkan terhasilnya jerawat di kawasan muka.

2. Hormon tidak seimbang
Minyak berlebih pada muka merupakan salah satu tanda akil baligh. Bagi orang dewasa pula, muka berminyak akan terjadi disaat anda haid. Oleh itu, anda perlu mengawal setiap aktiviti anda dan makan makanan yang tidak berminyak.

Pemakaian kosmetik akan menghasilkan minyak pada muka. Hal ini adalah kerana kosmetik mempunyai bahan kimia dan boleh menimbulkan efek sampingan bagi kulit yang jenis sensitif. Jadi, pilihlah kosmetik yang diperbuat daripada bahan-bahan mineral.

4. Keturunan
Kadangkala faktor keturunan juga boleh menyebabkan anda turut mengalami masalah muka berminyak. Hal ini tetap bleh diatasi dengan menggunakan kosmetik yang sepatutnya atau mengamalkan petua-petua orang lama.

Comments

Popular Posts